Search This Blog

Loading...

Kisah Lucu Exam dan Dadu


Dalam satu exam yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, kelihatan seorang pelajar  menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.

Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"

Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."

Kisah Lucu Dapur Paling Bersih


Sepasang suami isteri menyambut ulangtahun perkahwinan mereka dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka disapa oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik restoran : "Bagaimana pendapat anda dengan sajian dan layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di sini."

Pemilik restoran : "Dapur yang paling bersih?... tidak pergi ke dapur, bagaimana boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

Kisah Lucu Majikan dan Drebar


Suatu malam dua orang kaya sedang duduk santai di bistro, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org Kaya 1: “U tahu tak, drebar (driver) I tu bodoh betul. Kalau tak percaya tengok ni…”

Terus dia panggil si Adi drebarnya.

“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir!! Right Away!!”

Terus dia bergegas ke kedai kereta. Orang Kaya I itu terus mengatakan pada kawannya tu, “Tengok, kan betul tu? Dia bodoh”

Org Kaya II: “Haha, itu ok lagi… saya punya orang gaji lagi bodoh”.

Terus si Org Kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Yes Sir!! Right Away!!” Ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang temannya sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu di tengah jalan.

Adi: “Eh, kau tahu tak, Majikan aku tu  bodoh betul. Dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan sekarang dah malam tentulah kedai kereta tutup..”

Ali: “Majikan aku pun bodoh juga. Ada ke dia boleh suruh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak.. Kalau guna telefon kan senang...”

Related Posts with Thumbnails