Search This Blog

Cerita Lucu: Kisah Tiga Pemuda Kampung


Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Osman, sorang bernama Azlan dan sorang lagi bernama Safri. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.

Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka. Maka berlakulah beberapa peristiwa cabar-mencabar.

Tok imam mencabar 3 orang itu ke surau pada waktu Maghri.

Si Osman pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apbila hampir masuk waktu Maghrib pegilah mereka ke surau. Tok imam pun suruh Osman azan. Tanpa berlengah terus je Osman azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Osman & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Osman.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak
khusyuk.. Masuk je kali ketiga, Azlan panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur le ke belakang. Azlan pun angkat takbiratul ihram.
"Allahu Akbar!"
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Tiba-tiba si Azlan ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali je tok!!"
lalu batallah solat Azlan. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pula si Safri jadi imam. Si Safri pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid sekali. Punyalah kagum tok imam kat si Safri niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji si Safri ni... dengan bongkaknye si Safri berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.He heee..."
Tok imam pun terkedu dan terpana...

1 comment:

Unknown said...

siyes terlucu stakat nih!!!wlaupun dh pnah dngar lwk2 nih.. but the combination is so great!!! ahahha tergolek aku duk gelak kt natang (lawak) nih!!!

Related Posts with Thumbnails