Search This Blog

Cerita Lucu : Lambat Sebulan


Cerita Lucu : Lambat Sebulan

Amin dan Ani baru berkahwin 4 bulan.

Pada suatu malam Ani memeluk leher Amin dengan nada manja seraya berkata, "Abang, period Ani dah lambat sebulan, tapi Ani tak boleh nak pastikan lagi sebab belum check kat doktor."

Amin yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira itu sehingga benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Amin ker?"

"Ya, saya saya isterinya. Ada apa encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata,
"Puan, ni dah lambat sebulan, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni lambat sebulan?!"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab:
"Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"Apa!!! Saya lambat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan
"Bertenang puan, puan ni baru lambat sebulan, ada orang yang lagi teruk, lambat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Amin ini di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambil cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata,

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lambat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lambat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Amin ni berdiri dan mententeramkan keadaan.

"Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak selesaikan perkara ni, bayar je..."

kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Amin lagi naik berang.

"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa 'potong' encik punya...."

Si Amin mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."

=TAMAT=

No comments:

Related Posts with Thumbnails