Search This Blog

Cerita Lucu : Ustaz dan Pramugari Jelita


Ini adalah cerita lucu yang ada nilai tauladan dan pengajaran

Kisah Ustaz Dan Pramugari Jelita

Tersebutlah kisah seorang ustaz menaiki kapal terbang untuk pergi ke sebuah negeri.

Sejurus tiba waktu solat, Ustaz tersebut pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Ketika beliau sedang mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ustaz itu lalu menegurnya,

Pramugari: (Dengan suara tegas) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu, nanti kotor. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ustaz : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ustaz : (Dengan sifat bersahaja) saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…

Pramugari: ??

No comments:

Related Posts with Thumbnails