Search This Blog

Cerita Lucu - Bodoh ke bijak??


Cerita Lucu - Bodoh ke bijak??

Budak Paling Bodoh

Suatu pagi, sambil menggunting rambut Ali, Mamak tukang gunting tunjuk seorang budak yang sedang bermain di depan kedainya dan berkata.

Mamak: “ Tengok budak yang pakai baju merah tu adalah budak yang paling bodoh di dunia ”

Ali: “ Kenapa mamak cakap macam? ”

Mamak: “ Awak tengok ni.. ” sambil memanggil Aiman datang kepadanya.

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Aiman. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Aiman “ Nah ambil satu, awak pilih yang mana? ”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha! ”

Selepas selesai potong rambut, Ali berjumpa Aiman dan bertanya.

Ali: “ Aiman, apa pasal tak ambil duit RM10 mamak tu? ”

Aiman: “ Saya takkan dapat duit RM1 banyak kali setiap hari kalau pilih duit RM10 tu sabab mamak tu selalu suka kalau pilih duit RM1. Kalau saya pilih RM 10 tu, permainan akan tamat. ”

Ali: " Kau lah budak yang paling bijak dalam dunia, dalam KEBODOHAN kau ada juga KEBIJAKSANAAN.

No comments:

Related Posts with Thumbnails