Search This Blog

Cerita Lucu : Gadis Jelita & Peguam


Kejadian ini berlaku di dalam sebuah kapalterbang dari Amerika ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis jelita sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bijak bergeliga itu terus mengajak gadis jelita tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun menolak permintaan peguam tersebut. Peguam itu berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka dipaksanya gadis itu untuk menjawab teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya bagi satu Teka-teki, jika u dapat jawab I bayar u RM500 tapi kalau u tak dapat jawab bayar RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan 3 kaki dan turun bukit dengan 4 kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, saintis, arkitek, namun tiada yang dapat membantunya.

Setelah sejam bersusah-payah untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah. Dia mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawab : "Tidak Tahu"

No comments:

Related Posts with Thumbnails