Search This Blog

Cerita Lucu: Pekerja Yang Pemalas


Di sebuah workshop motosikal.... Tokey Boon mempunyai 7 orang pekerja lelaki. Malang sekali kesemuanya sangat pemalas.

Suatu hari Tokey Boon mendapat akal untuk mencari siapa diantara mereka yang paling pemalas.

Tokey Boon : "Saya ada satu kerja paling mudah khas untuk yang paling malas di antara kamu.."

Tokey Boon menyambung lagi : "Sesiapa yang rasakan dirinya yang paling pemalas.. sila angkat tangan.."

6 daripada mereka mengangkat tangan. Tinggal seorang sahaja yang tidak mengangkat tangannya. Tokey Boon hairan dan bertanya...

Tokey Boon : "Kenapa kamu tidak mengangkat tangan?"

Lelaki ke tujuh : "Ohh.. itu adalah satu perkara yang paling susah untuk di buat"

No comments:

Related Posts with Thumbnails