Search This Blog

Showing posts with label Cerita Lucu Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu Pelajar. Show all posts

Kisah Lucu Exam dan Dadu


Dalam satu exam yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, kelihatan seorang pelajar  menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.

Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"

Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."

Cerita Lucu: Nama Panjang


Zainal baru mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Mawar dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut bertanya kepada murid berkenaan.

Cikgu Zainal : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik angkat tangan & berdiri).

Cikgu Zainal : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Zainal, nama saya sangat panjang ..”.

Cikgu Zainal : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.

Cikgu Zainal menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah selesai mengajar di kelas 3 Mawar, Cikgu Zainal kemudian masuk ke darjah 1 Dahlia dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Zainal tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Zainal menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Zainal melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Mawar.

Cikgu Zainal : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ada Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Zainal : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Zainal :@$%&#^%

Cerita Lucu: Nama saya Ali


Suatu pagi di kelas darjah 1...

Cikgu: Siapa nama kamu ?
Ali : Nama saya Ali cikgu.
Cikgu: Nama penuh?
Ali: Manalah saya tahu cikgu,saya bukan penuh, saya Ali
Cikgu: @!$@%^#@@#%

Cerita Lucu: Epit dan Abah


Epit : Abah... Epit nak iPhone baru...
Abah : SPM dapat 8A dulu
Epit : Abah... Epit nak basikal baru...
Abah : SPM dapat 8A dulu
Epit : Ermm.. Abah nak isteri baru tak?
Abah : (malu2) Nak... ada calon ke?
Epit : Tunggu Epit dapat 8A dulu :-P
Abah : :-(

Cerita Lucu: Pisau Lipat


Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan mengumpulkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana pelajar yang telah lalai dan meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?!!" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

"Ayuh cepat!! mengaku aje la.. lagi pun sebenarnya aku dah tau siapa pemilik pisau lipat ni sebab namanya terukir kat sini.. Tapi aku nak kejujuran korang semua untuk mengaku!!!"
Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..

"Kalau tak ada yang jujur nak mengaku salah, aku akan panggil nama pemilik!!!"

Pelajar-pelajar masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL!!cepat keluar...!!!"
Related Posts with Thumbnails