Search This Blog

Showing posts with label Cerita Lucu Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu Sekolah. Show all posts

Kisah Lucu Exam dan Dadu


Dalam satu exam yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, kelihatan seorang pelajar  menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.

Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?"

Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."

Cerita Lucu - Bodoh ke bijak??


Cerita Lucu - Bodoh ke bijak??

Budak Paling Bodoh

Suatu pagi, sambil menggunting rambut Ali, Mamak tukang gunting tunjuk seorang budak yang sedang bermain di depan kedainya dan berkata.

Mamak: “ Tengok budak yang pakai baju merah tu adalah budak yang paling bodoh di dunia ”

Ali: “ Kenapa mamak cakap macam? ”

Mamak: “ Awak tengok ni.. ” sambil memanggil Aiman datang kepadanya.

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Aiman. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Aiman “ Nah ambil satu, awak pilih yang mana? ”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha! ”

Selepas selesai potong rambut, Ali berjumpa Aiman dan bertanya.

Ali: “ Aiman, apa pasal tak ambil duit RM10 mamak tu? ”

Aiman: “ Saya takkan dapat duit RM1 banyak kali setiap hari kalau pilih duit RM10 tu sabab mamak tu selalu suka kalau pilih duit RM1. Kalau saya pilih RM 10 tu, permainan akan tamat. ”

Ali: " Kau lah budak yang paling bijak dalam dunia, dalam KEBODOHAN kau ada juga KEBIJAKSANAAN.

Cerita Lucu : Sex tu apa ayah?


Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah rendah bertanya kepada ayahnya,

'ayah.ayah .... sex tu apa ayah ....?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya tak ketinggalan dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara berkias tentang kumbang dan bunga, telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?'

Si ayah bertanya kehairanan.
Si anak masih juga menangis.

'Jawapan ayah tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. ayah ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis....

Name   : ___________________
School : ___________________
Class  : ___________________
Sex    : ___________________

Cerita Lucu : Cerita Hantu yang Menakutkan

Cerita Lucu: Pelajar Pintar 18sx


Kini, Pelajar Paling Cerdik di Malaysia telah ditemui!

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..
Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!
Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of
heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get
it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

...........................................................................

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

Cerita Lucu: Hukuman untuk guru

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah. Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah 'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."

Cerita Lucu: keluarga besar

Pada suatu hari Cikgu Midah sedang bercakap tentang ahli keluarga. Dia pun menyuruh murid-muridnya memberi keterangan mengenai keluarga masing-masing. Tiba giliran Osman, Osman mula memberitahu nama adik- beradiknya yang seramai dua belas orang serta umur mereka.

Cikgu Midah pun bertanya: "Osman adakah awak berasal daripada keluarga yang besar?"

Osman: "Tidak Cikgu, semua ahli keluarga saya rendah-rendah dan kurus-kurus belaka." Semua murid di dalam kelas itu pun ketawa berdekah-dekah

Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje"

Cerita Lucu: Sekolah

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salam? Salam? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah emak? Salam tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!

Cerita Lucu: Hanya Lima

Abang: Sudahkah adik menduduki ujian Matematik?
Adik: Sudah.
Abang: Adik dapat menjawab semua soalan dengan betul?
Adik: Hanya lima soalan sahaja yang salah.
Abang: Wah! Baguslah kalau begitu. Berapakah jumlah soalan dalam kertas ujian adik itu?
Adik: Lima. Abang: !!!!!
Related Posts with Thumbnails