Search This Blog

Showing posts with label Cerita Lucu Bas. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu Bas. Show all posts

Cerita Lucu: Bas Tanpa Pemandu


Pada tahun 70-an dahulu di sebuah bandar... pengangkutan baru iaitu bas dua tingkat diperkenalkan. Lalu orang ramai berpusu-pusu menaikinya untuk mengetahui kehebatan bas dua tingkat ini.

Pada suatu hari ada seorang lelaki bernama Pian yang bercadang untuk menaiki bas dua tingkat tersebut. Kebetulan pada masa itu bas penuh sesak dengan penumpang terutamanya di tingkat bawah.

Lalu di konduktor bas pun menyuruh Pian naik ke tingkat atas. Selepas seminit Pian turun ke tingkat bawah semula.

Si konduktor rasa hairan dan bertanya “kenapa???”

Sambil melompat turun Pian menjawab “takut.. tak ada pemandu diatas!!!!!!"

Cerita Lucu : Kucing dan Itik


Seorang wanita tua menaiki sebuah bas dalam perjalanan pulang dari pasar. Wanita tua itu membawa bersamanya seekor anak kucing yang comel lalu duduk di sebelah seorang lelaki mabuk.

Lelaki mabuk itu berpaling kearah wanita tua itu dan berkata

Lelaki mabuk : "Hey.. di mana kamu jumpa dengan itik ini?"

wanita tua : "Kamu ni teruk sekali mabuk ... ini bukan itik.. ini kucing.. faham?? kucing!!!"

Lelaki mabuk : "Hey diam la.. aku tengah bercakap dengan kucing itu"

Cerita Lucu : Lelaki Mabuk Naik Bas


Seorang lelaki mabuk berbau busuk menaiki bas untuk pulang ke rumahnya. Dengan terhoyong hayang dia duduk disebelah seorang wanita tua.

Wanita tua itu memandang jijik lelaki mabuk itu dari atas ke bawah dan berkata dengan sinisnya...

Wanita tua : "Aku nak bagitahu kamu.... kamu akan pergi ke neraka"

Lelaki mabuk itu bangun dan menjerit...

Lelaki mabuk : "Alamakkk... aku dah tersalah bas"


Related Posts with Thumbnails