Search This Blog

Cerita Lucu: Pak Pandir cakap Inggeris


Pak Pandir pandai sikit cakap bahasa Inggeris, setakat 'I am sorry', 'one' sampai 'seven' tu biasa bagi Pak Pandir.

Pada suatu hari Pak Pandir jalan-jalan naik kereta dengan mak andeh pergi KL. Tiba-tiba dia telanggar kereta orang lain.

"Alamak, orang putih la!", Pak Pandir mula gelabah, Mak Andeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun…

Pak Pandir pun keluar dari kereta, orang putih pun keluar, Pak Pandir pun kata – "I am sorry". orang putih tu pun kata – "I am sorry too".

Pak Pandir dengar 'too' disangkanya 2. Apalagi dia jawab la – "I am sorry three". orang putih tu penin, dia kata – "what sorry for?".

Pak Pandir apa lagi, dengar 4 (four) dia terus jawab – "I am sorry 5". Orang putih tu lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata – "I think this man must be sick(6). Pak Pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba – "I am sorry 7…".

No comments:

Related Posts with Thumbnails