Suatu hari, dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam menyoal seorang saksi penting.
Peguam : Awak kenal siapa ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
Saksi : Kenal tuan.
Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?
Saksi : Itu gambar, tuan.
Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.
Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.
Peguam : (mula berang) Yang saya nak tahu nama dia, bukan jantina!
Saksi : Nama dia Siti bt Samad, tuan.
Peguam : Bila kali terakhir awak melihat dia? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)
Saksi : Baru sebentar tadi tuan.
Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh melihatnya sebentar tadi?
Saksi : Sebentar tadi tuan tunjukkan gambar itu pada saya.
Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.
Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar itu sebelum ni.
Peguam : Saya bukan bercakap pasal gambar ini!!! Saya bercakap tentang mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar tersebut)
Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.
Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
Saksi : Bukan. (tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
Peguam : Hahhh!!! Kenapa awak tunjuk pada saya!!?
Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan tikam gambar tu dengan pen tuan.
Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU MEREPEK NI !!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG AKU BUNUH TU LAHHHHH!!!!!
No comments:
Post a Comment