Search This Blog

Cerita Lucu: Bas Tanpa Pemandu


Pada tahun 70-an dahulu di sebuah bandar... pengangkutan baru iaitu bas dua tingkat diperkenalkan. Lalu orang ramai berpusu-pusu menaikinya untuk mengetahui kehebatan bas dua tingkat ini.

Pada suatu hari ada seorang lelaki bernama Pian yang bercadang untuk menaiki bas dua tingkat tersebut. Kebetulan pada masa itu bas penuh sesak dengan penumpang terutamanya di tingkat bawah.

Lalu di konduktor bas pun menyuruh Pian naik ke tingkat atas. Selepas seminit Pian turun ke tingkat bawah semula.

Si konduktor rasa hairan dan bertanya “kenapa???”

Sambil melompat turun Pian menjawab “takut.. tak ada pemandu diatas!!!!!!"

No comments:

Related Posts with Thumbnails