Seorang lelaki masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.
Tiba di tingkat satu, masuk sorang perempuan cantik lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Terkejut si lelaki dengan tingkahlaku perempuan cantik itu.
Sampai tingkat tiga, masuk pula seorang mak datin yang juga menyembur perfume ke tubuhnya. “Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol ,” kata mak datin tu lagi angkuh berbanding perempuan cantik tadi. Naik menyampah si lelaki tadi.
Sampai di tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan lelaki itu bersedia keluar dari lif. “Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan “gas aslinya” dalam lif tu.
“Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,”kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua perempuan kerek yang mula termuntah dalam lif.
No comments:
Post a Comment